PENDANG, 12 Februari- Sejumlah 22 keluarga asnaf dan kurang berkemampuan di kawasan Parlimen Pendang, Kedah menerima sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai sempena Program Ziarah Kasih MADANI.
Program anjuran Jawatankuasan Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) parlimen Pendang.
Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Penyelaras JPKKP Pakatan Harapan Negeri Kedah, Datuk Zulkifly Mohamad di Kampung Pokok Asam, pagi tadi.
Selain itu, sumbangan turut disampaikan dari rumah ke rumah di beberapa buah kampung terlibat.
Menurut Datuk Zulkifly, sumbangan tersebut bertujuan untuk meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh para penerima khususnya dalam melakukan persiapan untuk menyambut bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.
Selain itu, ia juga merupakan tanda prihatin Kerajaan Malaysia MADANI terhadap mereka yang kurang bernasib baik.
Beliau berkata, terdapat penerima sumbangan yang mengalami sakit kronik termasuk kaki dipotong.
Katanya, sumbangan serupa akan disalurkan dari semasa ke semasa kepada mereka yang kurang berkemampuan.
22 keluarga di Pendang terima sumbangan Program Ziarah Kasih MADANI
![Sumbangan turut disampaikan dari rumah ke rumah di beberapa buah kampung terlibat](/images/02-nasional/2025/02FEB/1202%20SUMBANGAN%20KASIH%20MADANI.jpg#joomlaImage://local-images/02-nasional/2025/02FEB/1202 SUMBANGAN KASIH MADANI.jpg?width=600&height=350)