fb fb fb fb fb

Negeri Sembilan kaji pewartaan tanah perkuburan bukan Islam

Aminuddin Harun/RTM

SEREMBAN, 12 Februari- Kerajaan Negeri Sembilan sedang meneliti beberapa kawasan untuk diwartakan sebagai tanah perkuburan bukan Islam bagi memastikan kelestarian penggunaan tanah bagi tujuan tersebut pada masa hadapan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menjelaskan setakat ini tidak timbul isu kekurangan tapak tanah perkuburan bagi bukan Islam, namun langkah itu diambil sebagai persediaan awal bagi mengelakkan sebarang masalah kekurangan tanah kelak.

Majlis Bandaraya Seremban (MBS) turut menyediakan satu tabung khas bagi pembeli hartanah di bandaraya itu, yang mana setiap pembeli dikehendaki menyumbang RM1,000 ke dalam tabung tersebut.

Dana dikumpulkan akan digunakan untuk membeli tanah di lokasi sesuai bagi dijadikan tanah perkuburan.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Pasca Mesyuarat Mingguan Exco di sini hari ini. Tambahnya, kawasan tanah perkuburan untuk orang Islam setakat ini masih mencukupi.

SITI AISHAH MD ISA