fb fb fb fb fb

Pusat Skuasy Negeri Kedah dijangka lahir bakat baharu

Hannah Yeoh

ALOR SETAR, 18 Disember- Pusat Skuasy Negeri Kedah pemangkin kepada penghasilan lebih ramai lagi pemain-pemain berbakat dari negeri itu bagi mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. 

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, pusat latihan bernilai RM10.8 juta itu dibina bagi program pembangunan bakat di Kedah.

Ia mempunyai fasiliti bertaraf dunia dan lebih selesa selain turut bersedia bagi program dan kejohanan skuasy di Kedah tahun depan.

"Dengan penambahan fasilti ini lapan gelanggang ini boleh menganjurkan lebih banyak kejohanan tahun depan.

"Ia kerana kapasitinya bertaraf dunia. Bakat–bakat baru juga mempunyai ruang kapasiti dua kali ganda untuk melakukan latihan," katanya kepada pemerita di sini.

Hannah berkata kelulusan mewujudkan Pusat itu mengambil kira kecemerlangan pasukan skuasy Kedah yang melahirkan ramai pemain yang menyinar di kejohanan peringkat antarabangsa.

Bakat-bakat muda yang dilahirkan adalah seperti S . Sivasangari dan dua pemain adik beradik, Aifa dan Aira Azman yang diserapkan bawah Program Podium Majlis Sukan Negara (MSN). 

Pembinaan pusat tersebut merupakan idea yang dikemukakan kepada KBS pada tahun 2016.

Pusat itu siap sepenuhnya pada 20 Ogos lalu bawah RMKe-11 dan 12 dengan dilengkapi kemudahan lapan gelanggang, astaka penonton, bilik persalinan, surau, bilik jurulatih, bilik teknikal dan bilik sokongan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI