fb fb fb fb fb

MAIDAM sasar kutipan zakat cecah RM260 juta

Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail

KUALA TERENGGANU, 18 Disember- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) optimis untuk  mencapai sasaran kutipan zakat sebanyak RM260 juta hingga akhir tahun.
 
Sehingga kini, jumlah pungutan zakat diterima MAIDAM bagi tahun ini sudah mencecah RM200 juta.

Yang Dipertua MAIDAM Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, sasaran kutipan itu ialah peningkatan 15 peratus atau RM32 juta berbanding RM228 juta yang dikutip pada 2022.
 
Hanya berbaki lebih 13 hari ini lagi untuk mancapai sasaran itu dengan bayaran di kaunter yang dibuka setiap hari atau secara atas talian.

"Jadi insya-Allah dalam 13 hari kita dapat RM60 juta. Saya optimis kerana tahun lepas kita dapat RM228 juta orang bayar saat akhir dan dia boleh ambil duit tersebut wakalah dia tu sehingga akhir bulan Mac.

"Jadi makna kita akan sampaikan bagi bulan Ramadan nanti. Kira-kira dua per lapan akan diambil bagi bulan Ramadan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvoi Agihan Hak Asnaf (KAHA) MAIDAM 2023 di sini.

Program kali kedua ini melibatkan agihan zakat kepada 24,500 ketua isi rumah terdiri daripada asnaf, fakir dan miskin dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM17.15 juta.
 
Selain itu, penyerahan Dana Program Myhaus oleh Lembaga Tabung Haji dan penyerahan zakat perniagaan FGV Holding dan Koridor Utiliti Teknologi Terengganu kepada MAIDAM turut diadakan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI