fb fb fb fb fb

International Homestay Islamic Tourism Festival 2023 promosi budaya, kesenian Islam kepada pelancong

Syed Ibrahim Syed Ahmad (belakang, tiga dari kanan) menyaksikan perjanjian persefahaman pelancongan Malaysia-Indonesia diwakili Prof. Madya Ts Dr. Zaidi Abdul Razak (kanan) dan Tazbir Abdullah di Masjid Kg Ketam, Kerdau hari ini.

TEMERLOH, 18 Disember- Lebih 500 pengusaha inap desa mengambil bahagian dalam program International Homestay Islamic Tourism Festival 2023 mempromosi budaya Islam dan kesenian masyarakat di negara ini.

Program julung kali diadakan selama empat hari yang bermula di Selangor dan Temerloh, Pahang.

Presiden Persatuan Homestay Malaysia, Datuk Sahariman Hamdan berkata, selain Malaysia, 15 negara lain turut terlibat termasuk Indonesia, China, Brunei, Singapura, Pakistan dan India membuktikan pelancongan Islam berpotensi menjana pendapatan dan menjadi daya tarikan pelancong luar negara.

“Program ini menjadi titik permulaan kepada usaha pelaksanaan Tahun Melawat Homestay Malaysia 2025 dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, pihak Tourism negeri mempromosi kehidupan budaya masyarakat Melayu dan Islam di negara ini.

“Aktiviti yang dijalankan ini secara langsung memberikan maklumat kepada pelancong akan keindahan seni dan budaya Masyarakat Melayu Islam.

"Program hasil inisiatif Islamic Tourism Centre menjadi titik permulaan usaha pelaksanaan Tahun Melawat Homestay Malaysia 2025 dengan Kerjasama MOTAC dan Tourism Negeri," katanya.

Sahariman berkata demikian pada majlis perasmian penutup program berkenaan yang disempurnakan Exco Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad di Masjid Sultan Ahmad Shah Kampung Ketam di sini, hari ini.

“Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya selawat, marhaban, program Haflah al-Quran, ceramah perdana, memanah, pameran kraf, tulisan khat dan penyediaan masakan tradisional,” katanya.

ZEHRA BINTI ZAMBRI