fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Terengganu berkurang

Paras air banjir di beberapa kawasan di Terengganu mula surut

KUALA TERENGGANU, 18 Disember- Penduduk terjejas banjir di Terengganu terus merekodkan pengurangan.

Setakat pukul 4.00 petang tadi kira-kira 561 individu masih berlindung di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan bencana negeri memaklumkan, penduduk terjejas banjir di Dungun berkurang kepada 443 individu manakala di Marang melibatkan 116 individu.

Sementara itu di Setiu pula hanya dua penduduk terjejas banjir yang masih berlindung di satu PPS iaitu di Surau Kampung Nyatoh.

Bagaimanapun diijangkakan lebih ramai penduduk terjejas banjir akan dibenarkan pulang hari ini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI