fb fb fb fb fb

Pusat media LIMA’25 sedia akses internet laju, mudahkan petugas media

Foto RTM

LANGKAWI, 20 Mei - Penyediaan internet berkelajuan tinggi di Pusat Media LIMA'25 memudahkan petugas media membuat liputan dan laporan berita sepanjang lima hari pameran.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyatakan, beliau berpuas hati dengan perkhidmatan yang disedia.

"Daripada segi liputan rasmi, kita difahamkan tahun ini lagi ramai wartawan, kalau dua tahun lepas dalam 400 orang, sekarang cecah 600 orang. Daripada segi liputan memang ramai, RTM sendiri ada 80 petugas untuk bantu membuat liputan. Keperluan internet yang baik itu setakat ini memuaskan, liputan 5G memuaskan,"

Beliau ditemu bual secara eksklusif oleh RTM pada Majlis Perasmian LIMA’25 di Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA). 

Terdahulu, Datuk Fahmi meluangkan masa meninjau petugas media di Pusat Media LIMA’25 yang bertempat di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini.

Selain internet berkelajuan tinggi, pusat media itu turut dilengkapi kemudahan lain termasuk komputer riba dan mesin pencetak.

TETITIA YUSOFF