fb fb fb fb fb

PMKS sektor pertahanan tonjol daya saing di LIMA’25

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

LANGKAWI, 20 Mei – Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) membuka ruang besar kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk menonjolkan keupayaan dalam sektor pertahanan dan aeroangkasa.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, penyertaan aktif syarikat tempatan membuktikan potensi besar PMKS apabila diberi platform berskala antarabangsa.

“Ini peluang baik untuk banyak daripada PMKS, terutama dalam bidang pertahanan, tonjolkan keupayaan mereka. Bila ada kesalinghubungan yang baik, lebih ramai akan dapat lihat potensi syarikat tempatan di persada antarabangsa,” katanya.

Menurut beliau, LIMA’25 turut memperkasa PMKS melalui penyediaan sokongan digital seperti platform e-dagang dan liputan internet berkelajuan tinggi sepanjang lima hari pameran.

Beliau berkata demikian dalam temu bual eksklusif bersama RTM bersempena Majlis Perasmian LIMA’25 di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA).

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN