fb fb fb fb fb

Pusat Banjir Kekal di Luit hampir siap

PAHANG, 15 November- Pusat Pemindahan Kekal (PPK) di Kampung Luit di Maran yang dibina bagi menempatkan mangsa banjir hampir siap dan dijangka boleh digunakan pada musim tengkujuh tahun ini.

Sementara PPK di Teluk Melati, di Maran sedang dalam proses pembinaan.


(Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail) 

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembinaan PPK yang dilengkapi fasiliti lengkap seperti surau serta tandas wanita dan lelaki, dan katil yang selesa adalah bagi keselesaan mangsa-mangsa terlibat banjir.

"Saya sudah melawat di Luit yang terbaru di Teluk Melati ada permohonan oleh sebab ada lagi peruntukan jadi insya-Allah kita pada dasarnya kita setuju dan kita akan buat dan laksanakan," katanya kepada pemberita selepas Program Ramah Mesra bersama penduduk Mukim Chenor, Maran di sini.

PPK Kampung Luit bernilai RM500,000 dibina bagi keselesaan mangsa banjir berbanding di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Di Pahang, setakat ini Kerajaan Negeri telah meluluskan pusat seumpama ini iaitu di daerah Pekan dan juga Lipis.


Media Baharu