fb fb fb fb fb

Pulau Pinang pertimbang harga kesesakan, kurangkan penggunaan kenderaan

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN, 15 Januari - Kerajaan Pulau Pinang sentiasa mempertimbangkan penetapan harga kesesakan dalam usaha mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian menjelang pelaksanaan laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, bagi mengatasi dan menyelesaikan berhubung perkara itu, pihaknya kini sedang mempertimbangkan gabungan pelbagai langkah yang perlu dilakukan.

Jelas beliau, perlu ada satu pakej berkesan bagi menangani peralihan daripada kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam.

"Kita perlu mengikut keadaan berperingkat-peringkat demi mencapai matlamat yang itu, iaitu sebuah bandaraya yang mencapai sambungan dengan pengangkutan awam dan pengangkutan persendirian dengan komposisi 60/40 secara lebih berkesan," kata Chow Kon Yeow kepada pemberita, di sini.

Tambah beliau, pelbagai inisiatif sedang dirangka supaya memungkinkan peralihan kepada penggunaan pengangkutan awam namun ia masih belum diputuskan.

TETITIA YUSOFF