fb fb fb fb fb

Jelajah Sumbangan Ihsan MADANI dilaksana sehingga pilihan raya akan datang

FOTO RTM

KANGAR, 15 Januari- Selain turun padang mendengar keluhan dan masalah rakyat, Jelajah Sumbangan Ihsan MADANI merupakan salah satu inisiatif Perdana Menteri membantu golongan memerlukan di kesemua 222 kawasan parlimen.

Malah, ia juga menjadi bantuan tambahan kepada segelintir rakyat selain Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin berkata, sumbangan tersebut adalah secara bersasar di mana setiap parlimen, 200 orang penerima yang layak akan dipilih.

Mereka yang menerima manfaat adalah dalam kalangan asnaf, warga emas dan OKU.

Jelajah tersebut juga akan diteruskan sehingga pilihan raya umum yang akan datang.

"Kita akan buat sehingga ke pilihan raya seterusnya,kita pecah kawasan mana kawasan yang PM boleh turun padang, dia akan turun, mana yang tidak boleh turun, akan ada pegawai dari Pejabat PM untuk sekurang-kurangnya kita tahu apa permasalahan kawasan kawasan tersebut, tidak kira lah kawasan pembangkang atau tidak, kita cuba bantu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Sumbangan Ihsan MADANI yang di adakan di Kangar, Perlis.

Di Perlis 600 orang penerima menerima sumbangan RM200 setiap seorang merangkumi tiga kawasan Parlimen.
 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE