fb fb fb fb fb

Pulau Pinang beri kelonggaran bersyarat kepada pemilik haiwan

Joshua Woo Sze Zeng menunjukkan papan tanda arahan di Taman Gurney Bay

GEORGE TOWN, 23 Februari- Kerajaan Pulau Pinang memberi kebenaran secara bersyarat kepada pemilik haiwan peliharaan untuk membawa haiwan tersebut ke Taman Gurney Bay yang baru dibuka awal bulan ini.

Antara syarat yang dikenakan adalah pemilik haiwan hanya dibenarkan membawa haiwan peliharaan di kawasan 'lower promenade' di taman seluas 11.2 hektar itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng menerusi satu hantaran di facebook berkata, kawasan berumput, tapak permainan dan tapak kasut beroda antara kawasan larangan bagi haiwan peliharaan.

"Pemilik haiwan juga perlu mengikat dan mengawal haiwan peliharaan masing-masing ketika berada di kawasan tersebut.

"Selain itu, pemilik perlu membersihkan sisa najis haiwan peliharaan sekiranya ada," katanya.

Bagaimanapun beliau menegaskan tindakan akan dikenakan terhadap mana-mana pengunjung yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI