fb fb fb fb fb

Pukul anjing, dua lelaki mengaku tidak bersalah

GEORGE TOWN, 14 Julai- Seorang pemandu bas kilang dan nelayan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen George Town hari ini atas tuduhan memukul seekor anjing pada 8 Julai lalu.

Rosli Mat Zain dan Suhaili Haron, masing-masing berusia 53 dan 49 tahun, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memukul seekor anjing yang berada di dalam longkang di Kampung Teluk Tempoyak.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 8.30 malam, 8 Julai lalu, mengikut Seksyen 29 (1) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Jin Hong, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan, perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap awal bulan sehingga kes selesai.

Kes akan disebut semula pada 16 Ogos depan.


(Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 8.30 malam,
8 Julai lalu, mengikut Seksyen 29 (1) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015)

Media Baharu