SEREMBAN, 14 Julai- Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memberi bayangan keputusan calon yang bakal bertanding pada Pilihan raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN ke-15) akan diputuskan pada minggu hadapan.
Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan berkata pihaknya kini dalam peringkat pemilihan dan penentuan.
"Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan calon terpilih.
"Kita akan putuskan minggu hadapan.
"Proses pemilihan calon itu kini mencapai 60 hingga 70 peratus," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan keputusan dan sumbangan kepada pelajar terbaik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Negeri Sembilan di sini.
(Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan berkata
pihaknya kini dalam peringkat pemilihan dan penentuan)