fb fb fb fb fb

PRU15: Tun Mahathir sah bertanding Parlimen Langkawi

PUTRAJAYA, 11 OKTOBER- Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan akan bertanding di kerusi Parlimen Langkawi sebagai calon wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) turut menyatakan GTA memperuntukkan sebanyak 120 calon atau lebih di seluruh negara termasuk di Sabah bagi memenangi PRU15.

"Kami juga membuat keputusan iaitu di Langkawi calonnya ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tapi bukan sebagai calon bakal Perdana Menteri, calon sebagai wakil rakyat sahaja," katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.


(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Pengerusi PEJUANG)

GTA turut membuat keputusan untuk tidak menamakan calon bakal Perdana Menteri ketika ini kerana ia hanya akan relevan jika gerakan itu memenangi PRU15.

Terdahulu, Tun Dr. Mahathir menyatakan kesediaan untuk mempertimbang cadangan bertanding dalam PRU15 bagi mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi jika tiada calon yang sesuai.

Media Baharu