fb fb fb fb fb

Edar dadah, suami isteri ditahan bersama 30kg ganja

BUKIT MERTAJAM, 11 Oktober- Sepasang suami isteri ditahan di rumah mereka di Kubang Semang, Bukit Mertajam selepas disyaki terlibat dengan pengedaran dadah. Polis turut merampas, 29 ketulan mampat disyaki ganja bernilai RM75,000.00

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Tan Cheng San berkata, hasil risikan mendapati, lelaki tempatan dan wanita warga asing berusia 32 dan 36 tahun itu mula bergiat aktif dalam aktiviti terbabit sejak Mei tahun lalu dan dijual untuk pasaran tempatan.


(Sebanyak 29 ketulan mampat disyaki ganja bernilai RM75,000.00)

Turut disita, kenderaan dan barang kemas daripada suspek wanita. Kesemua rampasan dan sitaan bernilai RM103,270.00

Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup.

Dalam kes berasingan, dua lelaki ditahan bersama 45 beg plastik berisi daun ketum bernilai RM4,500.00.

Kedua-dua lelaki tempatan yang ditahan, disyaki mula bergiat aktif sejak Ogos lalu dan menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang disewa untuk menghantar daum ketum ke Kota Bharu selepas mengambil bekalan di Kedah.

Kes disiasat dibawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Media Baharu