(The Nord dilaporkan terikat dengan jutawan Rusia Alexei Mordashov,
dilihat berlabuh di perairan Hong Kong pada 7 Oktober 2022/AFP)
HONG KONG, 11 Oktober - Pemimpin Hong Kong mentertawakan sekatan Amerika Syarikat terhadapnya berikutan keputusan kerajaan pimpinannya untuk tidak bertindak terhadap kapal layar super yang dilaporkan dimiliki sekutu Kremlin.
The Nord ,kapal mewah bernilai AS$500 juta yang dikaitkan dengan jutawan Rusi,a Alexei Mordashov tiba di perairan wilayah China minggu lalu.
Mordashov adalah antara oligarki yang rapat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin yang telah menjadi sasaran sekatan Barat berikutan pencerobohan Moscow di Ukraine.
Sabtu lepas, AS memberi amaran bahawa keengganan Hong Kong menguatkuasakan sekatan ke atas kapal layar itu boleh merosakkan reputasi hab perniagaannya.
Ketua eksekutif Hong Kong, John Lee Ketika berkata sekatan AS terhadapnya adalah tindakan yang sangat biadab dan beliau tidak akan mengulas mengenai kesan tindakan biadab itu.
"Sekatan AS dan Eropah tiada asas undang-undang. Kami hanya akan mentertawakan apa yang mereka panggil sekatan," kata beliau.
“Kami akan mematuhi sebarang resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai sekatan. Tetapi kami tidak boleh dan tidak akan melakukan apa-apa yang tidak mempunyai asas undang-undang", tambah Lee. -AFP
(The Nord ,kapal mewah bernilai AS$500 juta)