fb fb fb fb fb

Perkasa industri benih tanaman, hasilkan tanaman berkualiti, selamat

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 11 Oktober- Usaha memperkasa industri benih tanaman negara terus menjadi keutamaan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi menggalakkan penghasilan benih tanaman yang berkualiti.

Ketua Setiausaha MAFI, Datuk Haslina Abdul Hamid berkata, pihaknya sentiasa menyokong penuh usaha tersebut menerusi penganjuran pelbagai program dan inisiatif yang dapat memberi manfaat secara langsung kepada sektor agro makanan negara.

"Bagi memacu dan memperkukuhkan industri benih tanaman di Malaysia, kementerian diperuntukkan lebih kurang RM20 juta untuk pengukuhan dan juga pengeluaran benih tanaman yang berkualiti dan kita mempunyai dua skim iaitu skim pengesahan bahan tanaman dan juga skim pengesahan benih padi yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Pertanian untuk melihat, membangunkan dan memastikan benih yang digunakan untuk menghasilkan tanaman itu adalah berkualiti dan selamat untuk digunakan oleh rakyat", katanya.


(Ketua Setiausaha MAFI, Datuk Haslina Abdul Hamid)

Beliau ditemui RTM selepas merasmikan Seminar Memperkasakan Industri Benih Negara 2022 dan International 'Webinar Paving the way for Seed Industry' di ibu negara.

Kira-kira 2,000 pemain industri dan penyelidik industri benih tanaman dari dalam dan luar negara menyertai seminar tersebut yang dilaksanakan secara hibrid.

Program dianjurkan Jabatan Pertanian dengan kerjasama MAFI sebagai usaha menggalakkan pengkongsian idea dan kepakaran pemain industri bagi memajukan industri benih tanaman negara.

Media Baharu