fb fb fb fb fb

PRU15: Rina Harun calon PN di Sepang

(Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Datuk Seri Rina Harun sebagai calon PN di Sepang)

SEPANG, 1 November- Pengerusi Perikatan Nasional,  Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Ketua Wanita PN, Datuk Seri Rina Harun sebagai calon gabungan parti itu bagi kerusi Parlimen Sepang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengumuman mengenai pemilihan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan dibuat Tan Sri Muhyiddin malam tadi ketika berucap pada Jelajah Prihatin Parlimen Sepang.

"Rina calon kita di Sepang. Sah.. Ini Presiden yang cakap. Rina saya fikir diterima baik di sini, wajarlah saya umumkan malam ini. Inilah calon PN  untuk Parlimen Sepang," katanya.

Pada PRU14 lepas, Rina yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) memenangi kerusi Parlimen Titiwangsa mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan calon PAS, Mohamad Noor Mohamad.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRU15 pada 19 November dengan penamaan calon pada 5 November manakala pengundian awal pada 15 November.


(Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada Jelajah Prihatin Parlimen Sepang)

Media Baharu