fb fb fb fb fb

PRU15: Manifesto BN janji kejutan buat pengundi baharu, golongan belia

(Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencuba permainan 'Boling Kelapa' pada program
Sukan Rakyat Generasi Muda Prihatin dan Moh Ngeteh di Kampung Sri Buntar)


BERA, 31 Oktober- Barisan Nasional (BN) dijangka mengumumkan Manifesto Pilihanraya umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.

Perdana Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, manifesto itu bakal menjanjikan kejutan buat pengundi baharu dan golongan muda.

"Manifesto saya difahamkan akan dilancarkan mungkin esok,
atau lusa jadi tunggu, mesti ada berita baik anak muda merupakan pengundi automatik yang baru berjumlah 4 ke 5 juta pengundi mesti ada sesuatu
untuk mereka, sesuatu yang besar, Insyallah," katanya.

Naib Presiden UMNO itu berkata, menjadi lumrah bagi setiap kali pilihan raya, parti-parti bertanding akan menjanjikan pelbagai perkara hanya untuk meraih undi.

Justeru, pengundi muda diingatkan supaya tidak terkeliru.

(Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada program Sukan Rakyat Generasi Muda Prihatin
dan Moh Ngeteh di Kampung Sri Buntar)


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir program 'Moh Ngeteh bersama lebih 1000 komuniti Sri Buntar dan bandar triang di Bera, semalam.

Pada majlis tersebut, Ismail Sabri turut meluluskan peruntukan sebanyak RM1.2 juta bagi pembinaan dewan serbaguna penduduk di kawasan tersebut.

Media Baharu