fb fb fb fb fb

PRU DUN, pembahagian kerusi PH di peringkat akhir

SEREMBAN, 10 Mei- Pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) DUN hampir selesai.

Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga merupakan Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata urusan seterusnya akan diserahkan kepada Majlis Presiden parti bagi menetapkan keputusan pembahagian kerusi di 36 kerusi DUN terbabit.

"Hampir di peringkat akhir (pembahagian kerusi) untuk diserahkan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan bagi menentukan kerusi-kerusi yang dibincangkan itu.

"Perbincangan bukan sahaja diadakan di Negeri Sembilan tapi juga secara keseluruhan,"katanya kepada pemberita di sini.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat itu juga masih belum mengetahui statusnya pada PRU DUN akan datang.


(Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat itu juga
masih belum mengetahui statusnya pada PRU DUN akan datang)

Media Baharu