fb fb fb fb fb

Fahmi jemput orang ramai hadir rumah terbuka KKD

(FB Fahmi Fadzil)

KUALA LUMPUR, 10 Mei- Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menjemput orang ramai untuk hadir dan memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang diadakan esok di perkarangan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Angkasapuri, di sini.

Menurut Fahmi, rumah terbuka Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) itu berlangsung bermula pukul 8.00 malam sehingga 10.00 malam.

"Saya berbesar hati menjemput anda semua untuk hadir dan memeriahkan lagi Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri pada esok hari, Khamis (11 Mei 2023).

"Boleh bawa seisi keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai.

"Bagi memeriahkan lagi majlis, tema ialah baju kebangsaan dan anda boleh pakai baju raya," katanya menerusi Facebook rasmi.

(FB Fahmi Fadzil)

Media Baharu