fb fb fb fb fb

Elak berlarutan, isu Myanmar perlukan penyelesaian - PM

LABUAN BAJO, 10 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya pada sesi pembukaan sidang kemuncak ASEAN menekankan tentang isu Myanmar yang memerlukan penyelesaian bersesuaian untuk mengelakkan ia terus berlarutan.

Menurut Anwar, beliau bersetuju dengan kenyataan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi)  bahawa ASEAN perlu terus berwaspada dalam menjaga maruah dan kebebasannya.

"Jokowi dalam ucapannya jelas mencabar pemimpin-pemimpin ASEAN untuk menumpukan perbincangannya agar ASEAN terus berwaspada dalam menjaga kebebasan, kemerdekaan dan maruahnya.

"Cabaran presiden itu termasuk keupayaan dan keazaman kami untuk mendapatkan penyelesaian kepada isu Myanmar.

"Hasil daripada rundingan yang berlarutan ini, negara anggota khususnya Malaysia terpaksa bergelut dengan lebih 200,000 pelarian," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, penerapan Visi Komuniti ASEAN pasca 2025 perlu memfokuskan agenda integrasi serantau yang tertumpu kepada keperluan dan kebajikan rakyat.  

Anwar berkata ia perlu menekankan nilai inklusif, kemampanan, transformasi dan responsif yang juga selari dengan konsep Malaysia Madani.


(Cabaran presiden itu termasuk keupayaan dan keazaman kami
untuk mendapatkan penyelesaian kepada isu Myanmar)

Media Baharu