LABUAN BAJO, 10 Mei- Tabung Kewangan Asia (AMF) boleh menjadi mekanisme serantau yang dapat memahami realiti dan keperluan negara anggota ASEAN.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengulangi gesaan penubuhan AMF berkata ia sejajar dengan inisiatif ASEAN untuk mengukuhkan kebergantungan ekonomi dan jaringan keselamatan serantau.
"Penubuhan Dana Monetari Asia perlu, sejajar dengan inisiatif ASEAN untuk mengukuhkan kebergantungan ekonomi dan jaringan keselamatan di rantau ini.
"Semua negara anggota perlu mempunyai keazaman bahawa ASEAN mempunyai kekuatan dan potensi untuk menentukan masa depannya sendiri.
"Ia juga selari dengan Visi Komuniti ASEAN pasca 2025 yang akan mencorakkan hala tuju strategik ASEAN untuk tempoh dua dekad akan datang," katanya kepada pemberita di sini.
(Semua negara anggota perlu mempunyai keazaman bahawa Asean mempunyai
kekuatan dan potensi untuk menentukan masa depannya sendiri)