fb fb fb fb fb

PRU DUN ke-15: JPNS bantu penyediaan tempat, petugas

SEREMBAN, 13 Julai- 334 buah sekolah di Negeri Sembilan akan dijadikan sebagai pusat mengundi sempena Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN ke-15).

Lima Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) pula akan dijadikan sebagai lokasi pusat penamaan calon.

Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Dr Roslan Hussin, lebih 200 kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) akan turut membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi keseluruhan proses PRU DUN ke-15.

"Itu sebagai bantuan kita kepada SPR. Tanggungjawab kita dalam konteks menyediakan tempat dan juga bantu urusan proses pengundian bermula daripada hari penamaan calon sehingga hari pengundian.

Kita memang akan bagi sepenuh kerjasama untuk SPR," kata Roslan kepada pemberita di Seremban.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengeluarkan kenyataan bahawa semua sekolah di enam negeri yang bakal dijadikan sebagai pusat mengundi pada PRU DUN ke-15, telah bersiap sedia membantu SPR melaksanakan proses berkenaan.


(FOTO BERNAMA)

Media Baharu