fb fb fb fb fb

PRU DUN ke-15: Calon di Terengganu amal kempen sihat, matang

(Foto BERNAMA)

KUALA NERUS, 7 Ogos- Calon Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN ke-15) di Terengganu dilihat mengamalkan kempen sihat dan matang tanpa menyentuh peribadi pihak lawan.

Naib Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Mohd Nizar Datuk Seri Mohd Najib berkata beliau melihat perkara itu semasa membuat tinjauan dan membantu calon di beberapa daerah di negeri tersebut.

"Itu satu petanda yang baik untuk calon Barisan Nasional (BN) sebab nampak mereka lebih profesional dan lebih fokus. Karakter nista untuk memperkecilkan pihak lawan kita adalah tidak wajar sama sekali. Saya berharap semua pengundi terutamanya sekali pengundi muda dapat menilai ciri-ciri yang baik tersebut," katanya selepas membantu kempen calon BN bagi DUN Seberang Takir, Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abd Rahman.

Terdahulu mereka sempat meluangkan masa menyantuni  beberapa veteran UMNO  di Kawasan Seberang Takir yang mempunyai masalah kesihatan.

Mohd Nizar menzahirkan keyakinan N11 Seberang Takir akan kekal di bawah kepimpinan BN berdasarkan pelbagai kemajuan di kawasan berkenaan.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu