fb fb fb fb fb

PRU DUN Johor: UMNO Johor sedia dapatkan mandat baharu rakyat


JOHOR BAHRU, 22 Januari
- Susulan Dewan Undangan Negeri DUN Johor dibubarkan, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, ia bagi mendapatkan mandat baharu daripada rakyat negeri itu.

Beliau yang juga Pengerusi UMNO Johor memaklumkan, partinya bersedia menghadapi Pilihanraya DUN dalam masa terdekat.

Jelas beliau, terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menetapkan tarikh PRU DUN berkenaan.

"Saya ingin melihat Johor maju rancak pembangunan dan untuk itu saya perlukan semula mandat rakyat Johor, bagaimana kerajaan yang kuat dan dapat membantu negeri dan rakyat Johor lebih maju, lebih berjaya berdasarkan strategiknya Johor, potensi yang ada maka PRN dianggap usaha mendapatkan semula mandat daripada rakyat," katanya dalam sidang media di Pejabat UMNO Johor, Johor Bahru.

Hadir sama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri.

Terdahulu, Hasni yang juga ADUN Benut, mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor sebelum menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bagi memohon perkenan baginda membubarkan DUN Johor.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) berkuat kuasa hari ini.

Media Baharu