JOHOR BAHRU, 5 Februari- Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Johor akan menjadi barometer kepada negara dan gelanggang penentu untuk melihat corak kepimpinan yang diinginkan rakyat
Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Pengerusi UMNO Johor,Datuk Hasni Mohammad berkata, hal ini berikutan rakyat memerlukan kerajaan yang stabil dan mampu menerajui negeri berkenaan.
"Johor tidak perlu dipimpin atas dasar ihsan pembangkang.Kita mahu Johor lebih baik daripada yang sedia ada.Johor bukan negeri biasa-biasa, kita tidak mahu mempunyai kerajaan atas ihsan pembangkang.
"Saya juga ingin mengingatkan semua dan diri sendiri supaya jangan cepat rasa puas hati, bukan begini sepatutnya kerajaan yang memimpin Johor,” kata penyandang kerusi DUN Benut itu.
Kerajaan negeri sebelum ini diterajui BN dengan 28 kerusi merangkumi UMNO (14 kerusi), Bersatu (11) dan MIC (dua) dan PAS (satu) manakala Pakatan Harapan dengan 27 kerusi iaitu DAP (14); PKR (tujuh) dan Parti Amanah Negara (enam).