fb fb fb fb fb

Tumpu pemulihan ekonomi serta kenaikan harga dan bekalan makanan dahulu, bukan PRU 15 - PM

KUALA LUMPUR, 16 Jun- Piliharaya Umum (PRU) ke 15 tetap akan diadakan, namun tumpuan ketika ini harus diberikan lebih terhadap pemulihan ekonomi serta isu kenaikan harga dan bekalan makanan yang dihadapi negara.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob isu terbabit merupakan fenomena yang bukan setakat berlaku di negara ini, malah diperingkat global.

"Amerika Syarikat 9% inflasi, Eropah 8.4% inflasi, seluruh dunia alami masalah yang sama..dan Malaysia kita cuba tumpukan masalah ni supaya kita tak terkesan dengan teruk walaupun kalau nak kata tak terkesan langsung tak mungkin,"jelas Ismail.

Tambahnya, soal penentuan tarikh PRU tidak pernah dibincangkan secara terbuka.

Ini kerana ia hanya akan memberi kesan kepada kestabilan politik negara.


(Sebelum ini, negara mengalami masalah kekurangan minyak masak paket bersubsidi,
selain kenaikan harga ayam dan telur ekoran kekurangan pengeluaran)

Media Baharu