fb fb fb fb fb

Saya akan jumpa Zuraida minggu depan - PM

KUALA LUMPUR, 16 Jun- Kedudukan Datuk Zuraida Kamaruddin dalam kabinet akan dibincangkan minggu depan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob setakat ini Ahli Parlimen Ampang itu masih lagi menjalankan tugas seperti biasa sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

"Zuraida saya jumpa dia minggu depan. Semalam dia datang kabinet macam biasa..seperti saya katakan jawatan dia tidak gugur sehingga disahkan sehingga dia berhenti daripada kabinet atau diberhentikan daripada kabinet..setakat ni Zuraida kekal sebagai menteri dan bertugas seperti biasa," kata Ismail.

Tambah Perdana Menteri, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dimaklumkan mengenai pertemuan dengan Datuk Zuraida itu.

Datuk Seri Ismail berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan projek MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu.


(Datuk Seri Ismail dalam sidang media selepas merasmikan projek MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu)

Media Baharu