fb fb fb fb fb

ProtectHealth laksana vaksinasi di rumah untuk golongan OKU

(FOTO FB PROTECTHEALTH)

SHAH ALAM, 1 April - Orang awam yang mempunyai tanggungan orang kurang upaya (OKU) di rumah yang masih belum mendapat suntikan vaksin dan dos penggalak boleh menghubungi talian hotline atau WhatsApp ke ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) dengan segera.

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Datuk Dr Anas Alam Faizli berkata, ia adalah usaha kerjasama antara ProtectHealth dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) bagi menyeru semua warganegara atau bukan warganegara Malaysia mendaftarkan tanggungan OKU mereka yang tidak dapat hadir ke PPV.

(GAMBAR FAIL)

“Mereka boleh menghubungi talian hotline 1700-811-007 setiap hari. Sebagai alternatif, orang ramai boleh menghantar teks melalui aplikasi WhatsApp di talian +6012-6787911 dan mereka akan menerima maklum balas dalam masa satu hingga tiga hari,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah Dr Anas, mereka juga boleh mendaftar melalui laman web ProtectHealth di https://vaksincovid.protecthealth.com.my/register_vaccinee.

“Mereka boleh memohon di aplikasi MySejahtera dengan pergi ke Helpdesk, klik pilihan A – Temu Janji Vaksinasi Dos Penggalak dan klik pilihan C – Saya/tanggungan (dependent) saya terlantar dan memerlukan vaksin di rumah,” katanya.

Media Baharu