fb fb fb fb fb

Proses pengampunan banduan perlu dipatuhi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil /Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Ogos-Kes yang melibatkan pengampunan mempunyai proses tersendiri.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata ia sewajarnya dipatuhi semua pihak.

"Secara umumnya mana mana kes yang melibatkan pengampunan ada prosesnya dan kita patuh dan turuti proses tersebut.

"Jadi selain daripada itu saya rasa fokusnya adalah kepada proses tersebut itu yang menjadi keutamaan", katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Pentarama dan Kelab Malaysiaku sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai, di sini hari ini.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 baru-baru ini, beberapa perwakilan telah membawa usul pembebasan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini menjalani hukuman penjara hingga Ogos 2028.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD