fb fb fb fb fb

Projek Rintis Kluster HTAR, KK Bandar Botanik manfaatkan penduduk Klang

(Klinik Kesihatan Bandar Botanik)

PUTRAJAYA, 27 Mac- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjayakan Projek Rintis Kluster Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pada Sabtu lalu.

Menurut Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, ia menerusi pelanjutan waktu operasi Klinik Kesihatan Bandar Botanik yang beroperasi setiap hari.

"Dalam Amanat Tahun Baru 2023, saya telah mengumumkan pelaksanaan pelanjutan masa di klinik kesihatan tertentu bagi mengurangkan kesesakan dan tempoh menunggu lama di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital."

"Sehubungan dengan itu, Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara bersetuju KKM melaksanakan Projek Rintis Kluster Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dengan Klinik Kesihatan Bandar Botanik, Klang mulai 25 Mac 2023."

"Ia bertujuan mengurangkan kesesakan dan tempoh menunggu pesakit di Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan."

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKM 2023 di Putrajaya.

Klinik Kesihatan Bandar Botanik akan beroperasi tujuh hari seminggu, dari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.00 pagi hingga pukul 9.30 malam manakala pada Sabu dan Ahad bermula 8.00 pagi hingga 10 malam, termasuk pada hari Kelepasan Am.

Dr Zaliha Mustafa turut berharap inisiatif yangn dilakukan KKM dapat memberi manfaat dan membantu penduduk sekitar daerah Klang.


(Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa)

Media Baharu