fb fb fb fb fb

Kerajaan dan MRC laksana promosi tingkat eksport getah nilai tinggi

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 27 Mac- Kementerian Perladangan dan Komoditi melalui agensi Majlis Getah Malaysia, MRC sedang merangka dan melaksanakan aktiviti promosi untuk meningkatkan eksport produk getah bernilai tinggi.

Ia juga sebagai langkah meningkatkan nilai eksport produk getah negara.

"Produk-produk tersebut dipromosikan melalui aktivitiaktiviti promosi di luar negara seperti pameran perdagangan
antarabangsa, misi perdagangan dan padanan perniagaan, seminar pendidikan serta pengiklanan.

"Aktiviti promosi ini bukan sahaja merangkumi pasaran utama seperti Amerika Syarikat dan Eropah, malah turut meliputi negara-negara berpopulasi tinggi dan berpotensi besar seperti China, India, Indonesia, Vietnam, Mexico, Brazil, Russia, Afrika Selatan, Colombia, Poland, Filipina, Pakistan dan Turki,"kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching.

Tambahnya lagi, kerajaan turut mempertingkatkan promosi produk getah menerusi dasar-dasar dan polisi kerajaan.

Sebagai contoh, kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah memperkenalkan Dasar Bahan, Barangan dan Perkhidmatan Tempatan Dalam Perolehan Kerajaan berkuat kuasa 29 November 2022.

Pengenalan dasar tersebut bukan sahaja bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan industri tempatan melalui penggunaan bahan tempatan, malah dapat membantu sedikit sebanyak peningkatan harga bahan mentah termasuk getah asli.

Datuk Siti menjawab pertanyaan ahli parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh.


(Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching)

Media Baharu