MELAKA, 27 Mac - Peniaga pasar Ramadan diminta untuk menjaga kebersihan tapak berniaga mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata kebersihan perlu dititikberatkan terutamanya dalam aspek penghasilan makanan dan minuman.
Di DUN Duyong terdapat dua pasar Ramadan iaitu Pasar Ramadan Taman Seri Duyong dan Pasar Ramadan Semabok Perdana yang telah beroperasi sejak lebih 10 tahun.
Menurut beliau, pihaknya sentiasa memantau keadaan semasa di kedua-dua tapak pasar Ramadan itu sekiranya terdapat aduan daripada pengunjung.
"Jadi dua ini kita kira antara yang besar di Melaka sebab kita kira kapasiti perniagaan lebih 100 peniaga bagi setiap tapak, daripada pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) kita memberi tumpuan dari segi kualiti makanan dan kebersihan dan aduan-aduan masyarakat pun kita ambil kira dari masa ke masa.
"Jadi setakat masuk hari ke lima ini kita tengok tiada apa-apa lagi aduan lah setakat peringkat awal itu, kita ada terima tentang pengurusan dan ditambah baik setiap hari dan peniaga-peniaga juga kita ingatkan betapa pentingnya menjaga kualiti makanan dan kebersihan itu," kata Noor Helmy, di sini.
(Noor Helmy bercakap kepada pemberita selepas
melepaskan konvoi Jelajah Ramadan Melaka fm 2023, di Jalan Taming Sari)
Mengulas mengenai program JR Melakafm 2023 ini, beliau berharap lebih banyak agensi dan jabatan dapat melakukan aktiviti serupa bagi menyantuni golongan yang memerlukan.