fb fb fb fb fb

Projek pembinaan Mahkamah baharu Pengerang diluluskan semula

(FOTO RTM)

KOTA TINGGI, 2 Jun-Projek pembinaan mahkamah baharu Pengerang kembali diluluskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan, keputusan dibuat selepas kajian kos dan skop dilaksana semula.

Matlamat utamanya, menambahbaik prasarana badan kehakiman negara.

Mahkamah sedia ada di Pengerang beroperasi di bangunan sewaan kurang praktikal selain melibatkan kos yang tinggi.

Setakat akhir bulan lalu, pembinaan projek mahkamah baharu Pengerang, capai tahap 24.78 peratus.

Setelah siap, ia bakal dilengkapi Sistem Court Recording Voice-To-Text (RVT), selain menempatkan sebuah bilik bicara iaitu sebuah Mahkamah Majistret.

Ia juga berupaya kendali kes jenayah dan sivil berikutan kesan daripada perkembangan sosio-ekonomi Daerah Pengerang.

Sementara itu, Datuk Seri Azalina Othman turut memaklumkan siasatan terhadap Perikatan Nasional, PN yang didakwa menerima dana judi bagi kempen pilihan raya umum ke-15 lalu tidak terhenti oleh satu agensi sahaja.

Menurutnya, kes berkenaan juga boleh diteruskan agensi penguatkuasaan lain seperti Polis atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

"Saya sudah betulkan kenyataan saya dengan lebih mendalam.

"Undang-undang jenayah ini tiada sebarang had masa. Saya sebut terdapat banyak agensi yang boleh menilai kes-kes seperti ini.

Siapa yang terlibat jangan panik. Biarkan sahaja agnsi bertanggungjawab menyiasat", katanya semasa lawatan ke Tapak Projek Pembinaan Mahkamah Baharu Pengerang di Bandar Penawar di sini hari ini.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),
Datuk Seri Azalina Othman Said)

Media Baharu