fb fb fb fb fb

Skim Perubatan MADANI bermula 15 Jun ini

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 2 Jun- Pengamal Perubatan Swasta Umum (GP) di 10 daerah digalak menyertai program rintis Skim Perubatan MADANI yang akan bermula 15 Jun ini.

Ia bagi membantu pesakit B40 mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut di GP berhampiran.

"Ia juga mengurangkan kesesakan dan waktu menunggu di fasiliti kesihatan kerajaan.

"10 daerah tersebut termasuk Gombak, Hulu Langat, Klang, Petaling di Selangor selain Kuala Lumpur, Johor, Kuching dan Kota Kinabalu.

"Juga di Kinta, Perak dan Timur Laut, Pulau Pinang.

"GP yang mahu mendaftar sebagai klinik panel Skim Perubatan MADANI boleh berbuat demikian mulai hari ini menerusi platform tertera.

"ProtectHealth akan adakan taklimat dan latihan secara dalam talian kepada GP berdaftar untuk penerangan lebih lanjut mengenai Skim Perubatan MADANI," katanya menerusi kenyataan.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu