fb fb fb fb fb

Lelaki maut dipanah petir ketika pikat burung

(Foto Polis Daerah Marang)

MARANG, 6 Jun- Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera ringan selepas dipanah petir ketika sedang memikat burung di Kampung Padang Tanjung di sini kira-kira pukul 6.00 petang semalam.

Mangsa, Mohd Hassan Mohd Rani, 38 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
 
Manakala dua lagi rakannya Mohammad Fadilah Jusoh dan Abdul Hisyam Muhamad dilaporkan mengalami cedera ringan.
 
Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Dris berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 7.00 malam.
 
"Kejadian dilaporkan berlaku sewaktu ketiga-tiga mangsa sedang leka memikat burung di kawasan tanah lapang di kampung berkenaan.
 
"Ketika insiden, mereka berlindung di bawah sebatang pokok kerana hujan lebat sebelum mangsa tiba-tiba dipanah petir.
 
"Dalam kejadian terbabit, Mohamad Fadilah dan Abdul Hisyam yang berada berdekatan mangsa turut terkena tempias panahan petir.

"Mayat mangsa dibawa ke Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat manakala dua lagi rakannya dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya menerusi kenyataan.


(Foto Polis Daerah Marang)

Media Baharu