fb fb fb fb fb

Penstrukturan perniagaan, kakitangan Panasonic terjejas diberi pilihan MSS

KUALA LUMPUR, 2 Jun- Kakitangan Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd (PMMA) yang terjejas akibat penutupan dua jabatan pembuatan di kilang Shah Alam 1, diberi pilihan Skim Pemisahan Persetujuan Bersama (MSS) dengan sebahagian besar menerima tawaran itu.

Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia, PMMA memaklumkan rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan telah dilaksanakan pada 31 Mac lalu, seiring penutupan jabatan tersebut.

"Tiada kilang atau jabatan lain yang terjejas.

"Sebagai organisasi yang berdedikasi mengekalkan budaya hormat-menghormati serta tanggungjawab, PMMA mengadakan libat urus bersama kakitangan dan menyediakan bantuan dan sokongan sepanjang proses tersebut.

"Pekerja yang memilih MSS, telah menerima pakej pampasan yang adil dan saksama.

"Manakala yang menolak, akan ditawarkan pertukaran ke jabatan lain dalam PMMA, sesuai dengan kemahiran dan potensi pertumbuhan masing-masing," katanya menerusi kenyataan.


(Pekerja yang memilih MSS, telah menerima pakej pampasan yang adil dan saksama)

Media Baharu