fb fb fb fb fb

Malaysia tetap lawan kes tuntutan Sulu - Azalina

(Foto Taufik Salimin)

KOTA TINGGI, 2 Jun- Waris keturunan Sulu berkemungkinan dipergunakan segolongan negara barat bagi menuntut kerajaan Malaysia membayar tuntutan tidak masuk akal mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mendedahkan keturunan Sulu juga sudah menulis surat kepada Peguam Negara yang memberitahu mereka bukan sahaja berhak ke atas Sabah tetapi perlu membayar caj faedah tambahan yang kesemuanya berjumlah 16 bilion dolar.

Katanya, tindakan biadap dan kurang ajar keturunan Sulu itu jelas menunjukkan mereka tidak menghormati Malaysia sebagai negara berdaulat.

Ia dianggap bukan tuntutan daripada keturunan Sulu sebaliknya sekadar satu penipuan daripada mereka.

"Perdana menteri beri saya arahan untuk berhabis-habisan melawan kes ini kerana Malaysia sebuah negara berdaulat dan merdeka. Jika mereka kalah kita akan menuntut kos sebab lantikan peguam," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan tapak Projek Pembinaan Mahkamah Baharu Pengerang di Bandar Penawar di sini.

Keputusan tuntutan keturunan Sulu itu dijangka diputuskan di Perancis, 6 Jun ini.

Ketika ini, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berada di Perancis bagi proses itu.


(Foto Taufik Salimin)

Media Baharu