fb fb fb fb fb

Perlu utamakan penyediaan prasarana dan kemudahan asas - Dr Sivamurugan

KUALA LUMPUR, 6 Mei - Menyediakan kemudahan asas dan prasarana kepada rakyat merupakan antara elemen penting yang menjadi pemangkin kepada kekuatan pembinaan sesebuah negara.

Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Sains Malayia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, pembangunan sosio ekonomi negara perlu mengutamakan penyediaan prasarana serta kemudahan asas lain yang baik dan menyeluruh kepada rakyat.

Tidak terkecuali, memastikan seluruh masyarakat menikmati kemudahan bekalan elektrik, air, pendidikan dan jaringan jalanraya yang berkualiti dan seimbang sama ada di bandar mahupun di luar bandar.

"Kemudahan asas itu penting. Tidak ada mana-mana individu harus berhadapan atau bergelut dengan isu air, elektrik, pendidikan ataupun jalan raya. Prasarana itulah yang menjadi asas untuk membolehkan kita bergerak ke hadapan. Prasarana itulah yang akan juga menjadi indikator dalam usaha untuk memastikan bahawa masyarakat boleh menikmati perubahan.

(Profesor Dr Sivamurugan Pandian/ FOTO BERNAMA)

Pembaharuan yang sedang berlaku dengan proses urbanisasi perbandaran yang berlaku di kawasan-kawasan tertentu turut dikecapi oleh kawasan luar bandar. Kita tidak mahu melihat jurang di antara bandar dan luar bandar itu membesar. Sebab itu, kita juga mahu menggalakkan perubahan itu berlaku di kawasan luar bandar," kata Dr Sivamurugan, ketika ditemu bual menerusi aplikasi 'Google Meet' dalam segmen 'Komentar', Selamat Pagi Malaysia (SPM), Angkasapuri.

Beliau mengulas inisiatif Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyelesaikan isu air di Kelantan dan Sabah.

Media Baharu