fb fb fb fb fb

Jemaah haji perlu jaga nama baik negara - Ruslan

(Foto BERNAMA)

BEAUFORT, 2 Jun- Jemaah haji diingatkan sentiasa menjaga nama baik negeri dan negara sepanjang berada di Tanah Suci.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Ruslan Muharam berkata mereka juga perlu kekal dengan disiplin tinggi selain menjaga kesihatan dengan baik sepanjang menjalankan ibadah haji.

"Semua jemaah diminta menjaga kesihatan diri dan mengambil air secukupnya ketika di Tanah Suci. Semoga para jemaah terus berada dalam keadaan sihat dan dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna," katanya kepada pemberita di sini.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berharap para jemaah mengikut nasihat pihak Tabung Haji (TH), serta mematuhi semua amalan dan panduan yang telah digariskan demi keselesaan dan kesempurnaan ibadah haji.

Seramai 21 bakal jemaah haji daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan menerima sumbangan peribadi wang tunai RM500 setiap seorang daripada Ruslan.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu