fb fb fb fb fb

Perniagaan emas, rancak pertumbuhan ekonomi Kuala Pilah

(Foto BERNAMA)

KUALA PILAH, 2 Jun- Kuala Pilah sememangnya sinonim dengan emas sehinggakan ada yang menyifatkan pekan itu sebagai lokasi lubuk emas.

Justeru, Majlis Daerah Kuala Pilah telah menetapkan melalui Rancangan Tempatan Daerah Kuala Pilah 2035 untuk menjadikan Jalan Datuk Undang Johol sebagai zon pengkhususan bandar iaitu ‘Gold Street’.

Pegawai Daerah Kuala Pilah, Mohd. Faizal Abdul Manap berkata melalui perusahaan kedai emas di daerah Kuala Pilah, ia membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi melalui sumbangan daripada para pembeli yang datang membeli barangan kemas.  

"Sehingga kini, terdapat lebih 10 kedai emas yang terletak di sepanjang Jalan Datuk Undang Johol.

"Gabungan 10 kedai emas ni adalah selaras dengan perancangan kami untuk mewujudkan 'Gold Souk' seperti mana di Dubai.

"Kita akan mewujudkan kawasan penjualan emas mampu milik dan murah kepada seluruh  rakyat Malaysia, sekali gus menjadikan Kuala Pilah sebagai bandar raya pelancongan berteraskan emas.

Barangan kemas di Kuala Pilah disifatkan lebih murah berbanding tempat lain dan pernah mencecah sehingga 30 peratus lebih murah.

Tambah Mohd.Faizal, kewujudan kedai emas di daerah tersebut juga memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar dan membantu meningkatkan pendapatan isi rumah penduduk.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu