fb fb fb fb fb

Malaria zoonotik: Dua maut di Terengganu

(Foto BERNAMA)

HULU TERENGGANU, 2 Jun- Dua kematian disebabkan penyakit malaria direkodkan di Terengganu sepanjang tahun lalu.

Kedua-dua kes itu berpunca daripada malaria zoonotik iaitu jangkitan daripada haiwan spesies beruk/kera kepada manusia.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata 32 kes malaria dilaporkan sepanjang tempoh tersebut.

"29 daripadanya adalah malaria zoonotik dan tiga kes malaria import.

"Bagaimanapun, sehingga bulan lalu, 26 kes malaria dilaporkan di Terengganu.

"84 peratus daripadanya kes malaria zoonotik manakala selebihnya kes malaria import.

"Hulu Terengganu mencatatkan kes malaria paling tinggi diikuti Kemaman dan daerah lain.

"Kes malaria zoonotik tidak berjangkit antara manusia kepada manusia dan ia berjangkit kepada manusia menerusi nyamuk yang menggigit spesies beruk/kera itu," katanya kepada pemberita di sini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu