fb fb fb fb fb

Malaysia-India, eratkan kerjasama perdagangan dan pelaburan

KUALA LUMPUR, 1 Jun- Malaysia akan meneroka peluang kerjasama baharu dengan India khususnya dalam sektor perdagangan dan pelaburan.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata usaha itu akan terus dilaksana bagi mewujudkan hubungan dagang lebih baik sekali gus memperkukuh kerjasama bilateral antara kedua negara.

"India dan Malaysia merupakan rakan baik. Oleh itu, kita perlu memperhebatkan lagi hubungan dua hala ini untuk meneroka banyak lagi bidang baharu yang perlu kita cari bersama," kata Alamin kepada pemberita selepas mengadakan sesi perbincangan bersama Menteri Hal Ehwal Luar Negara India di Hotel Majestic di ibu negara.

Jelasnya, kunjungan Menteri Hal Ehwal Luar Negara India, V.Muraleedharan turut membincangkan kerjasama dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), farmaseutikal serta sumber tenaga boleh diperbaharui (RE) yang berpotensi untuk dibangunkan di negara ini.


(Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin)

Media Baharu