fb fb fb fb fb

El-Nino: Solat hajat diadakan di Masjid Negeri

SEREMBAN, 2 Jun- Kira-kira 1,500 jemaah hadir menunaikan solat Jumaat dan menunaikan solat hajat di Masjid Negeri di sini hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Mohd Asri Abdullah berkata ia bagi memohon kesejahteraan berikutan fenomena El-Nino yang melanda negara.

"Berdasarkan minggu kedua bulan April, keseluruhan jemaah solat Jumaat di seluruh Negeri Sembilan ialah seramai 107,000 orang.

"Kita memohon kepada Allah SWT mudah-mudahan dengan berkat kehadiran yang ramai ini, Allah SWT akan memakbulkan permintaan kita untuk keadaan cuaca ini kembali kepada sediakala.

"Sebanyak 305 buah masjid dan 63 surau dijangka melakukan solat hajat hari ini di negeri berkenaan," katanya kepada pemberita di sini.


(Berdasarkan minggu kedua bulan April, keseluruhan jemaah solat Jumaat
di seluruh Negeri Sembilan ialah seramai 107,000 orang)

Media Baharu