JELEBU, 10 Mei- Projek nanas di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di sini bermula sejak Oktober 2013 dengan keluasan tanaman hampir 30 ekar.
Pengarah PUSPEN Jelebu, En Arzmi Abdullah berkata pelbagai jenis nanas ditanam di sini antaranya jenis N36, Yankee, MD2, Moris, Crystal Honey dan Sarawak.
"Tanaman nanas di sini bagi memenuhi pasaran tempatan sekitar Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.
"Selain penjualan nanas, terdapat empat produk sampingan berasaskan nanas antaranya tart nanas, jem nanas, kek nanas dan jus nanas.
"Produk utama keluaran PUSPEN Jelebu di bawah jenama Bakeri Titigold ialah tart nanas dan ia dihasilkan oleh klien PUSPEN yang diberi latihan pembuatan bakeri.
"Klien terdiri daripada mereka yang menerima perkhidmatan rawatan pemulihan penagihan dadah.
"Klien PUSPEN diberi latihan sedemikian sebagai inisiatif terapi dan sebahagian daripada program rawatan membantu klien PUSPEN untuk pulih, melatih mereka dengan ilmu pertanian sebagai sumber ekonomi dan menjana pendapatan," katanya kepada pemberita di sini.
Pada Aidilfitri lalu, 480 bekas tart nanas dihasilkan klien dan dijual kepada pekerja PUSPEN, ahli keluarga klien dan agensi sekitar.
Kini, seramai 290 klien PUSPEN Jelebu telah diberikan rawatan dan pemulihan daripada penagihan dadah.
(Kini, seramai 290 klien PUSPEN Jelebu telah diberikan rawatan dan
pemulihan daripada penagihan dadah)