fb fb fb fb fb

JKDM rampas 264 E-Bike bernilai RM740,000

(FOTO RTM)

AYER KEROH, 10 Mei-264 unit basikal elektrik disita Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka dengan nilai keseluruhan termasuk cukai duti lebih RM740,000

Rampasan dilakukan di sebuah syarikat di kawasan Perindustrian Tasik Utama, Ayer Keroh Februari lalu.

Pengarah JKDM Melaka,Norlela Ismail berkata, pihaknya turut berjaya menahan seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 50 tahun dipercayai pemilik syarikat berkenaan.

“barang kes yang disita sebenarnya tertakluk kepada lesen import dikeluarkan oleh Kementerian perdagangan antarabangsa dan industri ataupun MITI.

"Dagangan yang sebenarnya adalah basikal elektrik yang lengkap dan tertakluk kepada lesen import dan duti import", katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 133(1) (a) Akta Kastam 1967.

Dalam pada itu, Norlela berkata secara keseluruhannya, JKDM Melaka berjaya menumpaskan empat kegiatan penyeludupan dengan nilai rampasan berjumlah RM6.5 juta bagi tempoh Disember 2022 hingga Mac 2023.



(Pengarah JKDM Melaka,Norlela Ismail/Foto RTM)

Media Baharu