fb fb fb fb fb

Projek MARA Digital Mall diteruskan, wujudkan usahawan teknologi Bumiputera - PM

KUALA LUMPUR, 16 Ogos- Majlis Amanah Rakyat (MARA) diarah meneruskan projek MARA Digital Mall bagi membuka peluang kepada anak muda Bumiputera membabitkan diri sebagai usahawan teknologi maklumat (IT) yang merupakan trend terkini dan masa depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tinjauan mengejutnya ke pusat membeli-belah itu mendapati peniaga mampu untuk meneruskan perniagaan kerana jualan semakin meningkat.


(Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob/Foto Bernama)

Dalam catatan di laman Facebooknya, beliau bagaimanapun berkata, peniaga memerlukan sokongan daripada MARA seperti promosi, bantuan pinjaman termasuk pengurangan kadar sewa.

Pembukaan MARA Digital Mall sebagai pusat jualan peralatan telekomunikasi dan IT pada 2015 dicetuskan beliau yang pada ketika itu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Beberapa MARA Digital Mall telah diwujudkan iaitu di Shah Alam, Selangor; Kuantan, Pahang dan Ipoh, Perak.

Selain itu beberapa lagi lokasi sudah dikenal pasti untuk dibangunkan termasuk Larkin, Johor, Kuala Terengganu, Terengganu, Kota Bharu, Kelantan, Kuching, Sarawak serta Kota Kinabalu, Sabah. 

Media Baharu