fb fb fb fb fb

Projek ECRL capai kemajuan lebih 65% - Anthony Loke

Foto BERNAMA

HULU SELANGOR, 4 Mei- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencapai kemajuan melebihi 65 peratus bagi keseluruhan jajaran merangkumi empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor, setakat April.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pembinaan projek berkenaan berjalan lancar mengikut jadual.

"Dari segi 'track linening' atau peletakan landasan itu telah mencapai lebih 100 kilometer sebab setiap hari seperti yang dikatakan ia boleh mencapai 1.5 kilometer setiap hari sebab dia gunakan mesin yang canggih, dapat mengurangkan masa untuk kita tetapkan landasan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Kerjaya ERCL di Batang Kali, di sini.

Tambahnya, di Selangor, projek ECRL telah mencatat kemajuan melebihi 26 peratus setakat April lepas.

Katanya, rangkaian ECRL di Selangor menghampiri 120 kilometer melibatkan lima buah stesen iaitu stesen Terminal Bersepadu Gombak, Kapar dan Jalan Kastam bagi tujuan penumpang sahaja.

Manakala dua lagi stesen di Bandar Serendah dan Puncak Alam merupakan stesen gabungan penumpang dan kargo.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM